Rihanna rancang berkahwin dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel
Gempak
Mei 8, 2018 18:00 MYT
Mei 8, 2018 18:00 MYT
PENYANYI popular Rihanna dilaporkan sudah mempunyai rancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya Hassan Jameel yang merupakan seorang jutawan berasal dari Arab Saudi.
Menurut laporan Hollywood Life, Rihanna sudah bersedia untuk menuju ke alam perkahwinan dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.
"Rihanna dan Hassan sering bercakap mengenai hala tuju hubungan mereka dan mahu mendirikan rumah tangga bersama-sama.
"Hassan masih belum melamar Rihanna namun jika dia melakukannya sudah pasti Rihanna akan bersetuju dengan lamaran tersebut.
"Rihanna mengakui Hassan merupakan lelaki impiannya kerana dia kagum dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan kepadanya sejak mereka mula bercinta setahun yang lalu.
"Hassan juga sentiasa menyokong kerjaya seni Rihanna dan membantu dia untuk memajukan perniagaan yang dijalankan supaya berkembang pada tahap seterusnya," kata sumber.
Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.
Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah. - Susunan Oleh: Rozaimi Zubaidi