Rihanna lancar koleksi terbaru jenamanya

Astro Awani
Februari 18, 2013 13:18 MYT
Penyanyi popular Rihanna memperagakan koleksi terbaru jenamanya di Minggu Fesyen London yang bertemakan 'Rock Chick'.
Rihanna menggunakan landasan fesyen sebagai eksperimentasi dalam berkarya.
Koleksinya itu mensasarkan golongan remaja perempuan, dan banyak menggunakan elemen kegemaran penyanyi itu.
Antara yang rekaan yang menyerlah adalah busana dengan fabrik jersi dengan potongan sendat dan labuh serta belahan di kaki.
Ia merupakan elemen kesukaan Rihanna yang sering diperagakannya dalam kebanyakkan persembahan pentas.
Tampil dengan rekabentuk ringkas, Rihanna mengaplikasikan tona monokrom dalam rekaan seperti merah hati, kuning, biru gelap dan hitam.
Selain jersi, fabrik yang turut digunakan adalah satin dan denim untuk dipadankan dengan kemeja-T.
Koleksi Rihanna dijual di cawangan River Island di seluruh dunia dan koleksi fesyen 2013 ini direka khas untuk bentuk fizikal badan yang cergas.
#minggu fesyen london #Rihanna #River Island #Rock Chick
;