Rihanna kini bergelar pemuzik wanita terkaya di dunia

Hafizi Rosli
Ogos 5, 2021 03:01 MYT
Bintang pop, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai pemuzik wanita terkaya di dunia. -Foto Reuters
BINTANG pop, Rihanna kini secara rasmi tersenarai sebagai jutawan dan menjadi pemuzik wanita terkaya di dunia.
Lapor Forbes, bintang kelahiran Barbados itu kini memiliki kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion dengan anggaran AS$1.4 bilion daripadanya merupakan nilai syarikat kosmetik Fenty Beauty miliknya.
Selebih nilai kekayaannya berasal daripada syarikat pakaian dalam, Savage X Fenty bernilai kira-kira AS$270 juta, selain pendapatannya sebagai penyanyi dan pelakon.
Beliau kini berada di kedudukan kedua setelah Oprah Winfrey menjadi selebriti wanita terkaya di dunia.
Forbes | Rihanna kini seorang bilionair
Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty melancarkan kosmetik jenamanya itu pada 2017 dengan kerjasama syarikat barangan mewah LVMH.
Industri kecantikan itu membawa hasil lebih AS$550 juta pendapatan tahunan pada tahun pertama.
Namun tidak semua perniagaannnya membuahkan hasil.
Kini, artis yang berusia 33 tahun itu dilaporkan sedang merakan video muzik bersama teman lelakinya, A$AP Rocky.
#Rihanna #Forbes #terkaya #Fenty Beauty #Savage X Fenty