Rihanna hangat bercinta dengan jutawan Arab Saudi

Agensi
Jun 30, 2017 20:58 MYT
Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel. -Gambar fail
PENYANYI Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel.
Hubungan itu mula mendapat perhatian selepas beberapa keping gambar pasangan itu sedang bercuti di sebuah vila mewah di Ibiza, Sepanyol tersebar.
Hassan merupakan Naib Presiden di sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.
Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara timur tengah.
Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan pernah hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.
#Arab Saudi #Hassan Jameel #Rihanna