Rihanna dikecam tidak sensitif, guna petikan hadis lancar produk pakaian dalam
Astro Awani
Oktober 5, 2020 23:31 MYT
Oktober 5, 2020 23:31 MYT
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Umbrella, Rihanna dikecam hebat di media sosial selepas didakwa tidak sensitif terhadap agama Islam.
Hal itu berpunca apabila bintang antarabangsa itu menggunakan petikan hadis bagi mengiringi pertunjukan fesyen pakaian dalam jenamanya, Savage x Fenty, 2 Oktober lalu.
Pertunjukan fesyen yang diadakan secara maya itu memaparkan aksi model memakai pakaian dalam menari dengan latar belakang muzik tersebut.
Muzik itu merupakan lagu berjudul Doom yang dicipta oleh Coucou Chloe yang menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.
Seorang pengguna Twitter, @kooohobi berkata, menggunakan hadis dalam bentuk dan cara apa pun tidak sopan.
"Tindakan Rihanna ini terlalu melampau, selepas bergambar di hadapan masjid. Serius? Dia betul-betul tidak belajar untuk menghormati agama?" tulisnya.
Seorang lagi pengguna Twitter, @LookingForR9 secara sinis menyindir perbuatan bekas kekasih Chris Brown itu.
"Rihanna melakukan kesilapan tapi ia bukan Islamophobia. Rihanna perlu bertanggungjawab tapi ia bukan Islamophobi," tulisnya.
"Rihanna cari pasal dengan menggunakan lagu dengan hadis dalam pertunjukan pakaian dalam. Tolong ada sikap hormat," tulisnya.
#Rihanna
#penyanyi antarabangsa
#Chris Brown
#umbrella
#Coucou Chloe
#hadis Nabi
#pakaian dalam
#Savage X Fenty