Rihanna bakal bintangi Valerian, pengarah umum di Instagram

Kohilah Sekaran
Oktober 29, 2015 06:42 MYT
Penyanyi pop terkenal, Rihanna sekali lagi melibatkan diri dalam industri perfileman selepas menerima peranan utama dalam filem fiksyen sains, Valerian
Penyanyi pop terkenal, Rihanna sekali lagi melibatkan diri dalam industri perfileman selepas menerima peranan utama dalam filem fiksyen sains, Valerian.
Perkara ini telah diumumkan oleh pengarah filem Valerian, Luc Besson menerusi laman Instagramnya.
“Rihanna dalam Valerian !! .... dan dia mempunyai peranan yang besar !! Saya sangat teruja !!!,” tulis pengarah Perancis itu bersama sekeping gambar Rihanna di Instagram.
Rihanna sebelum ini pernah berlakon dalam filem Battleship 2012, dan dijangkakan membawa peranan yang lebih besar dalam filem terbarunya ini.
Filem Valerian yang diadaptasi dari sebuah novel grafik oleh Pierre Christin dan Jean-Claude Mezieres adalah berlatar abad ke-28 sewaktu 'umat manusia diterokai’.
Buku yang dikeluarkan pada tahun 1967 itu telah dijual lebih dari 10 juta cetakan dalam 21 bahasa.
Sebelum ini, penyanyi Cara Delevingne dan pelakon Hollywood, Dane DeHaan diumumkan akan turut membintangi dalam filem ini.
Filem Valerian dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 21 Julai 2017.
#filem #Luc Besson #Rihanna #Valerian