'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Media Hiburan
Mei 11, 2024 14:27 MYT
Mei 11, 2024 14:27 MYT
PENYANYI Shila Amzah yang telah selamat bersalin cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada Khamis berkongsi situasinya sebelum melahirkan anak keduanya itu.
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
“Rhea dah terbelit tali pusat, so terpaksa juga (caesarean). Apa-apa pun Sha tak nak discourage you to try for VBAC (bersalin secara normal setelah caesarean).
“Semoga dipermudahkan. Trust your instinct, apa sahaja yang terbaik untuk baby and kita,” kongsinya.
Shila memberikan reaksi itu terhadap soalan warganet menerusi aplikasi Ask Me Question, pada Jumaat.
Sementara itu, Shila turut menerangkan soal makna di sebalik nama puterinya itu.
“Kita tukar ejaan dari ‘Reyah’ ke ‘Rhea’ yang bermaksud kemenangan. Akira pula bermaksud terang. Jadilah mama Rhea Akira.
“Insya-Allah menjadi kemenangan yang menerangi kami sekeluarga,” tulisnya lagi.
Terdahulu, suami Shila iaitu pempengaruh Ubai berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi sulungnya itu di Instagram.
Sambil memanjatkan kesyukuran, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, teruja ketika momen pertama kali melaungkan azan buat pertama kali ke telinga anaknya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai bernikah pada 5 Ogos tahun lalu. -Media Hiburan