Rezeki Yana semakin murah

Astro Awani
April 3, 2013 19:19 MYT
Walaupun bergelar pelakon hampir satu dekad, Yana Samsudin pernah menyangkakan dirinya tidak popular.
Namun, pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) membuatkan dia mahu bekerja lebih keras.
Bermula sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem terbitan MIG, nama Yana mula menjadi sebutan apabila membintangi filem Adnan Sempit tahun 2010.
Menerusi filem itu juga dia menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23.
Tahun ini juga menandakan kali kedua Yana tersenarai dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH.
Tahun lalu, Yana dipilih sebagai pemenang Heroin Terhebat untuk Anugerah Blockbuster.
#ABPBH #Anugerah Bintang Popular Berita Harian #FFM #Yana Samsudin
;