Rezeki semakin bertambah selepas berhijab - Elfira Loy
Gempak
Januari 11, 2018 20:41 MYT
Januari 11, 2018 20:41 MYT
PELAKON Elfira Loy mengakui rezekinya semakin bertambah selepas mengambil keputusan untuk berhijab.
Menurut Elfira, 23, selepas berhijab dia sering mendapat tawaran untuk menjadi pengacara dalam program Islamik dan banyak melakukan kerja yang lebih positif.
"Mungkin doa mak saya dimakbulkan apabila saya berhijab, rezeki dalam industri hiburan semakin bertambah terutamanya dalam program berbentuk Islamik.
"Saya sekarang ini banyak mendapat tawaran kerja yang lebih postitif dan banyak ilmu yang saya perolehi.
"Namun, saya masih yang sama seperti dulu cuma ini peluang yang lain datang jadi apa salah saya untuk mencuba.
"Saya juga tidak menolak untuk turut serta dalam rancangan yang bukan berbentuk Islamik kerana jika boleh saya mahu seimbangkan kedua-duanya," katanya kepada Astro Gempak.
Elfira berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenal 12 Peserta Tahfiz Muda yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Elfira Loy menggalas tugas Pengacara Rehal bersama Iman Muda Asyraf dalam Tahfiz Muda 2017.
Tahfiz Muda 2017 akan diadili sepenuhnya oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz, Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan) dan Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.
Jangan lupa saksikan Tahfiz Muda pada setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan siaran serentak di Maya HD (135).
#berhijab
#bertambah
#Elfira Loy
#Iman Muda Asyraf
#Islamik
#Pengacara
#program Islamik
#rezeki
#Tahfiz Muda
#Tahfiz Muda 2017