#RevivalTourMalaysia: PERKID lakukan bantahan, solat hajat di luar stadium

Mariah Ahmad
Julai 26, 2016 00:51 MYT
MASRIDZI: Artis dan pendakwah kita apa kurangnya? Aktiviti membina akhlak perlu diperbanyakkan lagi di Selangor. - Foto ASTRO AWANI/MARIAH AHMAD
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) sempat mengadakan bantahan di sekitar perkarangan Stadium Malawati di sini, ketika konsert #RevivalTourMalaysia berlangsung semalam.
Menurut Presidennya Masridzi Sat, antara aktiviti bantahan yang dilakukan adalah dengan mengadakan Solat Maghrib, Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah serta bacaan zikir munajat.
Jelasnya, pertubuhan itu berada di situ untuk membantah, sejak jam 6:45 petang.
"Mula-mula tadi kami mahu buat solat hajat di sebelah atas (luar stadium) tetapi pihak polis, beritahu untuk supaya untuk mengadakan solat hajat di bahagian bawah.
“Alhamdulillah kami telah selesai solat hajat dan telah selesai zikir dan munajat yang panjang. Kami telah menjalankan tanggungjawab kami," tambahnya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini selepas konsert #RevivalTourMalaysia selesai.

#REVIVALtourMalaysia:"Kami adakan solat hajat di sini untuk doa elak bala" - Presiden PERKID.@501Awani pic.twitter.com/NZwy6E01t5

— Mariah Ahmad AWANI (@MariahAWANI) July 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#REVIVALtourMalaysia: "Artis&pendakwah kita apa kurangnya. Banyakkan aktiviti membina akhlak." - PERKID @501Awani pic.twitter.com/U7knjPTRQm

— Mariah Ahmad AWANI (@MariahAWANI) July 25, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PERKID membantah konsert jelajah Selana kerana dilihat akan mempengaruhi peribadi anak-anak muda di Malaysia.
Kumpulan itu juga meminta agar artis dan pendakwah tempatan diketengahkan untuk melakukan aktiviti yang membantu meningkatkan akhlak golongan belia.
"Artis dan pendakwah kita apa kurangnya? Aktiviti membina akhlak perlu diperbanyakkan lagi di Selangor," katanya lagi.
#Masridzi Sat #perkid #Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia #revival tour malaysia #Selena Gomez