Retaknya Song-Song Couple: Song Joong Ki failkan penceraian terhadap Song Hye Kyo
Asyraf Roslan
Jun 27, 2019 10:26 MYT
Jun 27, 2019 10:26 MYT
TIADA lagi Song-Song Couple!
Pagi ini peminat-peminat drama Korea dikejutkan dengan berita, pasangan selebriti Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo mengambil keputusan untuk berpisah.
Song Joong Ki, 33, telah memberi kenyataan kepada peminatnya melalui peguam mengharapkan penceraian ini akan berjalan dengan baik.
"Saya telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo. Daripada kita mencari salah antara satu sama lain, saya hanya berharap proses penceraian dapat berjalan dengan baik," katanya melalui kenyataan tersebut.
Dia juga meminta maaf kepada semua peminatnya yang menyokong kariernya selama ini
Namun buat masa kini masih belum ada lagi sebarang kenyataan mengenai penceraian tersebut dikeluarkan dari pihak Song Hye Kyo.
Joong Ki secara rasmi memfailkan perceraian dari Song Hye Kyo, 37, di Mahkamah Keluarga Seoul pada hari Rabu (26 Jun).
Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berkahwin pada 31 Oktober 2017 .