'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis

Firdaus Azil
Ogos 29, 2020 11:19 MYT
Kematian Boseman, 43, juga diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu. -Gambar fail
PEMERGIAN Chadwick Boseman, yang begitu sinonim dengan watak Raja T’Challa atau Black Panther nyata begitu mengejutkan dan sukar diterima baik peminat mahupun rakan-rakan dalam industri perfileman.
Selain itu, kematian Boseman, 43, juga turut diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau sebagai ikon, inspirasi, dan seorang legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu.
BACA: 'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus
Rakan seperjuangan dalam The Avengers, Mark Ruffalo yang memainkan watak The Hulk dalam ciapannya berkata segala tragedi yang berlaku dalam tahun 2020 telah diburukkan lagi dengan pemergian mengejut #ChadwickBoseman.
“Saudara, anda merupakan antara yang terbaik sepanjang zaman, dan kehebatan anda cumalah satu permulaan.
"Tuhan sayangkan anda. Berehatlah dalam kekuasaan, Raja.”

All I have to say is the tragedies amassing this year have only been made more profound by the loss of #ChadwickBoseman. What a man, and what an immense talent. Brother, you were one of the all time greats and your greatness was only beginning. Lord love ya. Rest in power, King.

— Mark Ruffalo (@MarkRuffalo) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Twitter rasmi Marvel menulis hati dan perasaan seluruh keluarga produksi itu luluh mendengar perkhabaran yang mengejutkan itu.
“Hati kami luluh, dan ingatan kami kepada keluarga Chadwick Boseman.
"Legasi anda akan kekal sampai bila-bila. Rehatlah dengan tenang,” menurut ciapan Marvel.

Our hearts are broken and our thoughts are with Chadwick Bosemans family. Your legacy will live on forever. Rest In Peace. pic.twitter.com/YQMrEJy90x

— Marvel Entertainment (@Marvel) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, personaliti terkenal dunia Whoopi Goldberg turut bersedih dengan kematian Boseman.

1 of my all time favorite people on the planet Chadwick Boseman has passed away after a 4 years of fighting cancer. An wonderful actor & a truly nice man. R.IP. condolences to his family

— Whoopi Goldberg (@WhoopiGoldberg) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Boseman, 43, disahkan meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.
Keluarganya berkata, sejak disahkan menghidap kanser itu pada 2016, beliau telah terlibat dalam banyak pembikinan filem, dan pada waktu yang sama, melalui pembedahan dan kemoterapi.
Boseman, yang memulakan karier lakonannya sekitar 2008, mula menyinar pada 2013 apabila beliau memainkan watak lagenda besbol Jackie Robinson dalam filem berjudul "42".
Beliau kemudian mula terlibat dalam pembikinan teater di off-Broadway, yang mempunyai kapasiti dewan kecil sedikit berbanding Broadway.
Pada 2014, aktor itu memainkan watak legenda muzik kulit hitam di Amerika, James Brown dalam filem "Get on Up".
Dan pada 2016, Boseman telah ditawarkan menjadi King T’Challa atau "Black Panther" dalam filem "Captain America: Civil War", kerjasama pertama beliau dengan Marvel.
Sepanjang kariernya, aktor itu berjaya merangkul beberapa merangkul beberapa anugerah bertaraf global seperti Persembahan Terbaik dalam Filem, serta Adiwira Terbaik oleh MTV Movie & TV Awards, dan Persembahan Terbaik oleh Screen Actors Guild Awards.
#Black Panther #Chadwick Boseman #Hollywood #kanser usus #King T'challa #Los Angeles #Marvel #meninggal dunia #The Avengers
;