Renee Zellweger buka mulut mengenai perubahan drastik wajahnya

Syafique Shuib
Mac 29, 2016 22:10 MYT
Pelakon Renee Zellweger berkata isu perubahan drastik bukan sebahagian daripada kehidupannya. -Gambar: Universal Studios UK
Pelakon Hollywood Renee Zellweger akui tidak ambil penduli pandangan orang ramai tentang transformasi wajahnya.
Zellweger yang bakal kembali dalam fracais filem Bridget Jones pada tahun ini berkata kepada rancangan Today di Amerika Syarikat bahawa isu ini bukan sebahagian daripada hidupnya.
“Apabila saya di rumah, saya tidak tahu tentang isu ini.
“Saya tidak menggunakan media sosial jadi saya tidak tahu (apa yang dibincangkan),” katanya dalam program itu.
Baca: Transaksi Fesyen & Pesonaliti Renee Zellweger
Rancangan yang disiarkan di saluran NBC turut membuat perbandingan gambar-gambar Zellweger, termasuk gambar beliau pada tahun 2014.
Pada tahun itu setelah jarang muncul di media, Zellweger mengejutkan orang ramai ketika menghadiri sebuah majlis anjuran majalah Elle.
Terdapat pelbagai spekulasi tentang perubahan drastik pelakon itu namun beliau anggap ia sebagai “bodoh”.
VIDEO: Apa yang terjadi kepada Renee Zellweger?
#Bridget Jones's Baby #Renee Zellweger
;