Pelakon Lelaki TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2009 & 2010), Remy Ishak bakal membintangi sebuah teater yang bertajuk “M.Butterfly”.

Sebelum ini Remy pernah membintangi teater bertajuk Natrah pada 2009 dan 2010 yang dipentaskan di Istana Budaya.

Naskhah M.Butterfly diinspirasikan daripada opera Madama Butterfly karya Giacomo Puccini.

“M.Butterfly” pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York United States pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 sebanyak 777 kali pementasan dan diarahkan oleh John Dexter

Di layar perak, M.Butterfly telah difilemkan sebanyak 3 kali oleh pengarah berlainan iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Selain itu filem M.Butterfly pernah memenangi dua anugerah iaitu Cerita Terbaik di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Remy bakal memegang peranan sebagai Rene Gallimard, manakala Naque Ariffin bakal membawakan watak Song Liling.

M.Butterfly mengisahkan Rene Gallimard yang telah jatuh cinta dengan seorang diva opera Cina yang cantik bernama Song Liling, yang sebenarnya merupakan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang wanita.

Mereka tinggal bersama selama 20 tahun sehinggalah perkara sebenarnya dibongkar dan Gallimard kemudiannya dituduh sebagai penderhaka dan dipenjarakan.

Gallimard kemudiannya melakukan seppuku (juga dikenali sebagai harakiri, ritual membunuh diri Jepun melalui diri pengeluaran perut) kerana tidak dapat menerima kenyataan.

Teater ini diarahkan oleh Mislina Mustaffa dan bakal dipentaskan selama empat hari bermula 11 April 2013 hingga 14 April 2013 bertempat di Black Box, Publika, Solaris Dutamas Kuala Lumpur.

Pementasan teater M.BUTTERFLY menjadi sebahagian daripada acara MAP Arts Festival.

Tiket untuk menyaksikan pementasan tersebut berharga RM25.