Remy Ishak sedekahkan lembu ke Kemboja sempena Aidiladha
Gempak
Ogos 7, 2019 10:30 MYT
Ogos 7, 2019 10:30 MYT
PELAKON Remy Ishak memilih untuk melakukan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini dengan bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan di Kemboja.
Niat untuk melakukan ibadah korban disimpan sejak sekian lama dan tahun ini merupakan peluang keemasan untuk Remy melakukannya.
"Baru-baru ini saya terfikir untuk melakukan ibadah korban dan alhamdulillah rezeki tahun ini dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan.
"Malangnya harga lembu di Malaysia sendiri sedikit tinggi berbanding negara luar misalnya Kemboja.
"Harga seekor lembu di Malaysia sama nilai dengan dua ekor lembu di Kemboja jadi kebetulan saya dibantu oleh seorang kawan untuk memberikan rezeki ini kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya kepada Gempak.
Remy yang ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Minaz di pusat beli-belah Sogo Kuala Lumpur turut aktif memasarkan koleksi raya menerusi kempen Minaz Men.
Koleksi baju Melayu Remy Ishak telah mula dijual sejak Ramadan lalu dan promosi masih giat dijalankan sempena sambutan Aidiladha pada hujung minggu nanti.
Sementara itu, Minaz kini turut melebarkan sayap dengan mempelbagaikan produk untuk lelaki, kanak-kanak dan kosmetik.
Menerusi kolaborasi Minaz bersama jenama kosmetik halal tempatan, Haus Cosmetics, dua produk utama telah diperkenalkan iaitu Luminous Lush Semi-Matte Lipcream dan Melty Glam Aqua Foundation.
Produk Minaz X Haus Cosmetics dijual secara eksklusif di MINAZ SOGO Kuala Lumpur dan MINAZ IOI City Mall, Putrajaya dan juga secara atas talian.