KUALA LUMPUR: Dengan hanya sekali lafaz, aktor ternama tanah air, Remy Ishak, 39, kini bergelar suami kepada Roszaliza Yusof, 38, atau Ezza selepas disatukan dalam majlis ringkas hari ini.
Pasangan berkenaan diijabkabulkan oleh abang Ezza, Rozman Yusof di Masjid Negara, di sini.
Pada majlis akad nikah itu, pelakon filem Sangkar dan Cun itu turut menghadiahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada isterinya.
Memandangkan negara masih lagi dibelenggu oleh krisis kesihatan ekoran penularan pandemik COVID-19, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Sehubungan itu, majilis akad nikah Remy dan Ezza hanya dihadiri pasangan mempelai dan wali.
Menurut Remy, dia amat bersyukur kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” kata pelakon kelahiran Melaka itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan pengurusannya.
Sebelum ini, Remy dan Ezza sudah tiga kali menangguhkan acara pernikahan mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak dan Ezza sudah saling menyulam cinta selama lapan tahun dan pernah mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum berakhir pada 2019.
Walaupun tali pertunangan mereka pernah berakhir, namun ujian itu menjadikan mereka lebih matang dalam perhubungan.
Remy sebelum ini telah membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya.
BACA: 3 kali tangguh pernikahan akibat PKP, Remy dan Ezza akhiri penantian 8 tahun
Astro Awani
Sat Aug 21 2021

Dengan hanya sekali lafaz, Remy Ishak kini bergelar suami kepada Roszaliza Yusof selepas disatukan dalam majlis ringkas di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Tarik tumpuan dunia, The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
The Experts dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun.

Diganding sebagai abang dan adik dalam ‘The Experts’, Aaron Aziz dedah sisi lain Syafiq Kyle
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Aaron berkata dia dapatBerp

Remy Ishak bawa anak balik kampung
Tahun ini merupakan lebaran yang lebih sempurna dengan kehadiran putera sulungnya, Tuah Alam yang kini berusia hampir sembilan bulan.

'Kalau ini tukang hantar, 10 kali order pun sanggup!' - Ramai teruja KJ berlakon jadi rider
Apa yang membuatkan netizen berasa teruja adalah, bekas menteri kesayangan ramai ini kelihatan tidak kekok malah lakonannya juga sangat bersahaja.

Remy Ishak pilih nama klasik Melayu untuk anak
Pelakon, Remy Ishak memilih nama yang cukup klasik buat anak lelakinya iaitu Tuah Alam.

Remy Ishak kini bergelar bapa
Pelakon Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 11.17 pagi ini di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Remy Ishak sahkan isteri hamil 5 bulan, 'baby bump' tak boleh sorok lagi
Remy akui teruja dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Akibat lama tidak berlakon, Remy Ishak takut dan gementar jumpa orang
Pandemik COVID-19 'ragut' keyakinan diri Remy Ishak.

"Ibu saya sedang bertarung nyawa" - Remy Ishak
Pembedahan jantung ibu kepada pelakon Remy Ishak, Basrah Md Dris dihentikan selepas 12 jam dalam bilik pembedahan.

"Emak saya sedang kritikal" - Remy Ishak
Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.