Reese Witherspoon umum kematian Chihuahua 'Legally Blonde'
Azyyati Ahmad
Mac 13, 2016 11:09 MYT
Mac 13, 2016 11:09 MYT
PELAKON Hollywood Reese Witherspoon mengumumkan berita sedih tentang kematian seekor anjing jantan yang juga merupakan watak utama dalam filem yang pernah dibintanginya, "Legally Blonde".
Anjing jenis Chihuahua itu yang membawa watak ‘Bruiser Woods’ berusia 18 tahun ketika kematiannya pada Khamis lalu di kediaman tuannya, Sue Chip di Los Angeles.
Witherspoon yang turut memuat naik berita itu Instagramnya berkata dia tidak akan melupakan detik ketika melakukan penggambaran bersama Bruiser.
Bruiser, atau nama sebenarnya Moonie, membintangi filem "Legally Blonde" sekitar tahun 2001 dan "Legally Blonde 2" pada tahun 2003.