Meskipun menganggapnya satu keputusan yang sukar, namun katanya, masa telah tiba untuk dia memberi ruang dan peluang kepada generasi lain mengendalikan stesen nombor 1 di Malaysia itu.
Ray merupakan penyampai ERA paling senior meninggalkan keluarga besar stesen radio ERA.
Antara segmen yang pernah dikendalikan Ray adalah RIUH PAGI ERA, JOHARA PAGI ERA dan PETANG ERA.
Pengurus Saluran ERA Azah Sahrin berkata, permulaan kerjaya Ray di Astro Radio adalah sebagai anggota Skuad ERA sebelum beralih kepada penyampai radio yang amat bermakna buat dirinya.
“Ray seorang yang sangat bersahaja, penuh humor dan tidak lokek ilmu dikongsikan terutama sekali kepada penyampai radio yang baharu.
“Sering juga menjadi rujukan rakan-rakan penyampai lain agar kandungan segmen radio di ERA sentiasa dikemas kini sering dengan kehendak pendengar.
“Selain itu, Ray juga memiliki sikap pemurah kerana sering membelanja makan kepada rakan sekerja dan membantu jika berlaku kesusahan.
“Apa-apa pun saya ucapkan selamat maju jaya, terima kasih tidak terhingga kepada Ray kerana jasanya itu amat besar untuk dibalas.
"Selain itu, Astro Radio juga mempunyai sejarah membanggakan dalam melahirkan bakat luar biasa dalam industri penyiaran radio.
"Kami juga terus komited untuk bawa hiburan terbaik kepada pendengar. Teruskan setia bersama kami.
Ikuti ERA dan HITZ di media sosial rasmi untuk berita terkini, kemas kini dan kandungan eksklusif," katanya.