Ratu Indonesia menang pakaian kebangsaan terbaik
Astro Awani
Januari 27, 2015 15:10 MYT
Januari 27, 2015 15:10 MYT
Ratu Indonesia Elvira Devinamira memenangi anugerah Pakaian Kebangsaan Terbaik di pertandingan Ratu Universe ke-63 di Miami, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut laporan The Jakarta Globe, pakaian Elvira yang berinspirasikan candi Borobudur dipilih sebagai finalis bersama peserta daripada Argentina, Kanana, Jerman, dan India pada Rabu.
Kemudian pemenang dipilih menerusi Twitter berdasarkan jumlah 'mention' hashtag peserta.
Selain itu, Elvira turut dipilih sebagai ‘Top 15’ pada pertandingan akhir Ratu Universe.
Warga Indonesia ucapakan tahniah di atas kejayaan Elvira di Twitter:
Pada Ahad, Ratu Colombia Paulina Vega dinobatkan sebagai Ratu Universe menewaskan peserta daripada Amerika Syarikat, Ukraine, Jamaica dan Belanda.