Rasa tidak dihargai, Jue Aziz ingin kembangkan bakat lakonan di Indonesia
Gempak
Disember 25, 2017 14:52 MYT
Disember 25, 2017 14:52 MYT
Pelakon Jue Aziz mengakui mempunyai rancangan untuk mengembangkan bakat lakonannya di negara Indonesia.
Menurut Jue, kehadiran ramai pelakon baharu dalam industri di Malaysia menyebabkan dia berasakan dirinya sudah tidak dihargai.
"Saya rasa sudah tiba masanya saya mengorak langkah untuk kembangkan bakat lakonan di negara Indonesia.
"Saya harus gunakan peluang yang ada memandangkan suami saya juga merupakan orang yang berasal dari sana.
"Rasanya tidak salah kerana jika dilihat ramai sahaja selebriti di Malaysia yang mengembangkan bakat mereka di negara orang.
"Bukan merajuk dengan industri di Malaysia namun saya cuma rasa artis-artis senior tidak dihargai memandangkan masyarakat pada masa kini lebih menghargai bakat baru yang popular di media sosial," katanya kepada Astro Gempak.
Jue berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.