'Rasa janggal tiba-tiba jumpa balik' - Kamal Adli, Zahirah kembali...?
Gempak
April 12, 2019 12:00 MYT
April 12, 2019 12:00 MYT
PELAKON Kamal Adli menjelaskan hubungannya dengan aktres jelita Zahirah MacWilson kembali jernih selepas lebih setahun tidak bertegur sapa.
Bintang drama Duda Pujaan Dara itu bagaimanapun akui pertemuan semula di Starvilion sedikit sebanyak mencetuskan rasa janggal.
"Saya tak salahkan sesiapa, tetapi saya seorang yang senang memaafkan dan melupakan.
"Jadi, saya rasa tiada sebab pun untuk saya tak okey dengan dia. Sepatutnya kami memang sangat rapat ketika penggambaran.
"Tiba-tiba apabila ada isu, kami jadi macam tak kenal satu sama lain pula!
"Apabila berjumpa balik di Starvilion, saya rasa janggal. Kemudian kami sama-sama tegur satu sama lain, duduk, bersembang dan memohon maaf. Tak ada sebab nak bergaduh pun," katanya kepada Gempak.
Kamal yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Starvilion di Royal Palace, Shah Alam semalam memberitahu dia sampai masanya untuk tidak menyimpan dendam.
"Kami suka berlakon bersama-sama, daripada segi kerja memang menyeronokkan.
"Buat apalah untuk tak okey disebabkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Itu punca rezeki kami," tambahnya.
Pada Oktober 2017, hubungan antara Kamal dan Zahirah berantakan disebabkan pergeseran disebabkan tuduhan melulu dan perasaan cemburu kekasih Kamal ketika itu, Emma Maembong.
Hubungan itu bertambah keruh apabila membabitkan teman rapat Zahirah ketika itu, Zul Ariffin.
Pertembungan empat penjuru itu akhirnya reda menjelang awal tahun 2018.
#Duda Pujaan Dara
#Emma Maembong
#hubungan
#Kamal Adli
#karier
#selebriti
#Zahirah MacWilson
#Zul Ariffin