Rapper India didakwa beli tontonan di YouTube, kalahkan jumlah tontonan BTS
Asyraf Roslan
Ogos 1, 2019 18:33 MYT
Ogos 1, 2019 18:33 MYT
SUDAH pasti anda pernah menyaksikan muzik video daripada kumpulan sensasi Korea, BTS menerusi lagu Boy with Luv duet bersama Halsey bukan?
Kehadiran Army sudah semestinya membolehkan BTS meraih jumlah tontonan yang tinggi dalam masa 24 jam selepas ditayangkan.
Namun, rekod yang dipegang BTS dikatakan telah dikalahkan oleh penyanyi rap India, Badshah.
Badshah menerusi lagu "Paagal" telah mendapat 75 juta tontonan dalam masa 24 jam sejak ia dilancarkan di laman YouTube.
Bagaimanapun, menurut laporan Koreaboo, YouTube tidak membuat sebarang pengumuman mengenainya seperti yang pernah diterima oleh kumpulan BLACKPINK bagi lagu berjudul Kill this Love dan Boy With Luv oleh BTS.
Selain itu, sebuah syarikat pengurusan hiburan di India juga mendakwa penyanyi tersebut telah membeli tontonan sehingga mampu menggalahkan rekod yang dipegang oleh BTS.