Rania nama Islam Felixia Yeap, ilham daripada mimpi

Astro Awani
Jun 30, 2014 06:06 MYT
Felixia Yeap menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya mendedahkan satu nama sahaja dahulu
Model dan personaliti media Felixia Yeap mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini ialah Rania.
Ilham nama Rania itu dipilih setelah Felixia mendapat mimpi mengenai namanya dan seterusnya mengkaji makna tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Felixia ketika dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Apa Kata Malaysia yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi.
Felixia menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya memberitahu Aznil salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.
Ikuti temubual penuh Felixia di HLive.
#Datuk Aznil Nawawi #Felixia Yeap #pa Kata Malaysia