Rangkuman Cerita Artis Sepanjang 2012

Azyyati Ahmad
Januari 1, 2013 10:44 MYT
1. Sepanjang 2012 kita disajikan dengan cerita artis yang mengakhiri zaman bujang mereka.
Antara artis yang berkahwin pada tahun ini ialah Lisa Surihani dan Yusri KRU, Awal dan Scha,
Ana Raffali, Azza Elite, Fasha Sandha, Ella, dan Betty Benafe.
2. Tidak kurang juga berita perceraian artis sepanjang 2012 antaranya Chef Riz dan Ana Dahlia,
Rita Rudaini dan Aidil, Sasha Saidin dan Sailo, Raja Azmi dan Jailani Sidek, Sharifah Aleya dan
Ashraf dan Dato’Aziz Sattar.
3. Ibu tunggal, Nabila Huda bikin kontroversi dengan berpakaian seksi ke Anugerah Blockbuster
baru-baru ini. Gaun labuh yang berwarna hitam yang dipakai Nabila telah menampakkan
bahagian perut dan pehanya. Walaupun dikritik, Nabila tampak tidak terganggu, sebaliknya
berseloroh di twitter yang gaun tersebut ditaja.
4. Penghijrahan Abby Abadi dianggap positif namun penglibatan pelakon tersebut ke dalam
parti politik telah menimbulkan kontroversi bila Abby dilihat banyak mengeluarkan komen di
twitternya mengenai rakan artis yang tidak bertudung dan mengkritik kerajaan, kakitangan
awam serta parti politik Umno.
5. Neelofa dikatakan artis kontroversi untuk tahun 2012 bila namanya melonjak dengan
cerita-cerita hangat sepanjang tahun ini. Antaranya adalah kontroversi persengketaannya
dengan pelakon, Anzalna Nasir. Anzalna telah tampil mendedahkan sikap buruk Neelofa
yang suka menghinanya dan cuba menjatuhkannya ketika mereka berdua berada di dalam
pertandingan Dewi Remaja (2010).Kenyataan Anzalna itu telah menyebabkan Neelofa
mengambil tindakan mahkamah . Kes ini akhirnya dapat diselesaikan selepas campur tangan
Presiden Seniman, Zed Zaidi.
6. Kisah percintaan pelakon dan pengacara Anne Ngasri dan penyanyi Aliff Aziz telah berakhir
pada hari raya yang lalu apabila banyak kontroversi yang melanda perhubungan mereka
yang melibatkan artis-artis wanita seperti Zarina Anjoulie dan Adira. Namun begitu,
baru-baru ini Anne telah selamat dinikahkan dengan seorang ahli politik dan berharap
perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
7. Mana tahu usikan Shila Amzah terhadap kekasihnya Sharnaaz Ahmad telah menjadi antara
cerita menarik pada tahun 2012. Ianya berpunca bila Shila mengatakan bahawa Sharnaaz
merajuk serta cemburu bila dia dan Taufik Batisah berduet pada Anugerah Planet Muzik
(2012). Oleh kerana itu, Sharnaaz Ahmad dikatakan telah menghantar tweet marah-marah
kepada Shila. Namun keesokan harinya, Sharnaaz telah meminta maaf dan mengeluarkan
kenyataan yang akaun twitternya telah digodam.
8. Gosip percintaan antara pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan bukanlah sesuatu yang
baru. Namun begitu baru-baru ini Zain telah meletakkan gambar Rozita Che Wan di entri
Instagramnya dengan kata-kata yang romantis. Sehingga kini tiada komen dari Rozita Che
Wan mengenai perkara tersebut.
9. Dato’ Siti Nurhaliza telah menarik diri daripada Konsert Jelajah Ekspresi Karya Gemilang di
Banjarmasin, Indonesia berikutan kemalangan yang menimpa suaminya , Dato’ Khalid Mohd
Jiwa semasa menunggang motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson bersama kawan-
kawannya di Queenstown, New Zealand.
10. Paling baru kita dikejutkan dengan kontroversi yang melanda pelakon yang pernah popular
dengan darama siri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir. Dia dikatakan telah bernikah di
Sungai Penang, Pulau Pinang tanpa pengetahuan ahli keluarganya termasuk ibunya. Namun
begitu kemelut yang melanda keluarganya telah selesai apabila dia sendiri telah menyesal
dengan perbuatannya dan meminta maaf daripada ibunya.
#Abby Abadi #Anne Ngasri #Neelofa #Rita Rudaini #Shila Amzah
;