Rangkaian ucapan hari ibu personaliti terkenal di Instagram

Shamil Hizamie
Mei 10, 2015 17:53 MYT
Para selebriti menzahirkan rasa berterima kasih terhadap insan tersayang dengan dedikasi istimewa sempena Hari Ibu
Hari ini laman Instagram menjadi platform buat para netizen untuk meluahkan rasa sayang mereka kepada wanita yang dipanggil ibu.
Personaliti tanahair tidak terkecuali menzahirkan rasa berterima kasih terhadap insan tersayang ini dengan dedikasi istimewa di akaun masing-masing.
Berikut adalah beberapa selebriti tanah air yang mengucapkan Selamat Hari Ibu di Instagram.
Erra Fazira memuat naik gambar keluarga kecilnya yang memuatkan gambar ibu dan anaknya di Instagram. Primadona filem Malaysia itu menyatakan bahawa ibunya adalah sumber kekuatannya setiap hari.
Nurul Izzah Anwar memuat naik gambar ibunya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dua beradiknya. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyifatkan ibunya sebagai seorang pejuang, pendidik dan ratu hatinya.
Yuna tidak berkesempatan meluangkan masa bersama ibunya kerana terpaksa terbang ke San Francisco. Namun penyanyi yang kian mencipta nama di persada antarabangsa ini tetap mengucapkan Selamat Hari Ibu di akaun instagramnya.
Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar mesra bersama ibunya yang disertakan kapsyen terima kasih kepada wanita yang telah membesarkannya.
Keratan akhbar bersama ibu kesayangan menjadi ucapan bermakna buat model, Soo Wincci. Keratan itu turut menampilkan seleksi kehidupan Winnci dan ibunya sejak dari kecil hingga dewasa.
Personaliti Instagram, Faizdickie memuat naik video pendek sebagai satu tanda tribute kepada arwah ibunya. Video itu disertai oleh kisah pendek memori Faiz sewaktu kecil.
Pelakon popular Lisa Surihani memuat naik dua jambangan bunga yang bakal dihadiahkan masing-masing kepada ibu tercinta dan ibu mertuanya.
Pengacara dan bekas penyampai radio, Hunny Madu memuat naik gambar selfie bersama ibu yang disertakan kapsyen ringkas. Menurut Hunny, ibunya merupakan inspirasi kepada dirinya sehingga ke hari ini.
Gambar ibu kepada Kamal Adli dimuat naik oleh pelakon itu di akaun peribadinya. Gambar itu mendapat lebih 4,500 likes dari para peminat.
Pelakon dan pengacara, Neelofa memuat naik video mimik lagu Humood Alkhuder yang amat diminati ibunya sebagai satu gurauan.
BACA: 7 fakta anda tidak tahu mengenai Hari Ibu
BACA: Hari Ibu: 8 perkara yang diingini ibu anda
#Erra Fazira #Hari Ibu #Lisa Surihani #Mother's Day #Nurul Izzah #selebriti #Yuna
;