Randy Pangalila positif Omicron
Gempak
Februari 4, 2022 19:17 MYT
Februari 4, 2022 19:17 MYT
PELAKON Indonesia, Randy Pangalila mengakui dirinya kini positif virus COVID-19 varian Omicron.
Terbaring di hospital sejak Rabu lalu, Randy, 31, turut berkongsi keadaannya dimasukkan drip di bahagian tangannya.
"Yah, kebahagiaan juga berjumpa denganmu Omicron," tulis Randy di Instagramnya.
Sementara itu, isterinya Chelsey Frank turut berkongsi dapat berinteraksi dengan Randy melalui panggilan video bersama anaknya.
"Cepat sembut papa," tulis Chelsey.
Randy menambah daftar panjang artis Indonesia yang dijangkiti COVID-19 pada awal 2022.
Terdahulu, pelakon dan pelawak Joshua Suherman dan isterinya, Clairine Clay mengumumkan mereka dijangkiti virus sama.
Selain itu, pelakon Naysilla Mirdad turut memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19.
"Setelah memasuki tahun ketiga pandemik, akhirnya aku rasa juga yang namanya COVID-19," kata Naysilla yang tidak mengalami gejala sebelum disahkan positif.
Pelakon sinetron Liontin itu mengakui adakalanya tidak mematuhi protokol kesihatan yang ketat seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.
"Jujur sebelum ini memang sempat longgar menjalani prokes (protokol kesihatan). Apalagi, dengar kalau Omicron ini weaker dan simptomnya lebih mild berbanding varian lain," katanya.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini