"Rancang tahun ini, saya hanya ikut kata keluarga" - Zizan Razak

Astro Awani
April 13, 2015 21:15 MYT
Pelakon dan pelawak Zizan Razak dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan keluarganya tahun ini. -Gambar fail
Pelakon dan pelawak Zizan Razak bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan keluarga tahun ini.
Zizan, 31, ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi enggan mendedahkan identiti bakal isterinya kerana perlu berbincang perkara berkenaan dengan keluarga terlebih dahulu.
“Rancang tahun ini. Insyaallah. Saya hanya ikut kata keluarga sahaja. Tak dapat nak komen lebih, saya perlu berbincang dengan keluarga dahulu,” mesej Zizan pendek.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, dilapor menafikan keputusannya itu satu tindakan terburu-buru, sebaliknya berkata ia keputusan rasional kerana berasakan dirinya sudah patut berkahwin dan memiliki anak.
Malah dia turut menafikan langkah ini satu cara untuk melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, namun menurutnya berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
#kahwin #kontroversi #pelawak #pilihan keluarga #tahun ini #Zizan Razak
;