Ramlah Ram tak sunyi hidup solo, tak fikir soal kahwin

Gempak
Mei 24, 2015 18:15 MYT
Menurut penyanyi berusia 49 tahun itu, dia tidak pernah berasa sunyi kerana anak-anak saudara yang selalu meluangkan masa bersamanya. - Foto Astro Gempak
Penyanyi Ramlah Ram mengaku tidak sunyi hidup bersendirian tanpa suami di sisi dan tidak terfikir soal kahwin buat masa ini.
Menurut penyanyi berusia 49 tahun itu, dia tidak pernah berasa sunyi kerana anak-anak saudara yang selalu meluangkan masa bersamanya.
“Sejak kembali solo saya tak pernah rasa sunyi kerana setiap hari aktiviti harian saya terisi. Tambahan pula ibu saya kini menetap di sini…Jika tidak mempunyai sebarang persembahan saya meluangkan masa bersama ibu.
"Malah hubungan saya dengan anak-anak saudara sangat rapat dan mereka tempat saya menumpang kasih," katanya kepada Astro Gempak.
Apabila ditanya tentang perkahwinan kali kedua, Ramlah berkata dia tidak pernah berfikir untuk mencari pengganti sejak bercerai dengan suaminya lima tahun lalu.
“Alamak! Di usia begini rasanya kurang manis bercakap pasal kahwin…Lagipun pada usia sekarang saya dah tak fikir tentang itu.
“Maaf, bukan serik nak kahwin lagi tetapi rasa janggal pula bercakap tentang itu sekarang. Tapi kalau dipertemukan jodoh pada masa akan, itu ketentuan Allah,” ujarnya.
Ramlah ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 syarikat rakaman EMI di Saloma Bistro baru-baru ini.
Dia pernah mendirikan rumah tangga pada November 2000 dengan Kamal Roslim, seorang Penerbit Sukan RTM dan bercerai pada 20 Mei 2010.
Perkahwinan mereka selama 10 tahun itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.
#Ramlah Ram
;