Rambutan buah 'makhluk asing'

Sinar Harian
Julai 30, 2019 05:54 MYT
Bagi orang Barat, rambutan dianggap buah 'makhluk asing' kerana rupanya yang pelik dan 'berbulu'.
RAMBUTAN merupakan antara buah kegemaran bagi rakyat Malaysia. Namun bagi orang Barat ia dianggap buah ‘makhluk asing’ kerana rupanya yang pelik dan ‘berbulu’.
Menerusi ciapan dimuat naik Kopi Panas di laman Twitter miliknya, dia berkongsi video pendek siri Netflix yang memaparkan dua pelakon yang kononnya sedang menerokai bulan.
Dalam penerokaan itu, mereka menemui buah rambutan dan membuat keputusan untuk membuat eksperimen dengan memakannya.
Tetapi apa yang lucunya, buah rambutan itu terlebih dahulu disapu pada bibir untuk menentukan sama ada ia beracun atau boleh menyebabkan sebarang kerengsaan.
“Siri Netflix ini berkisar tentang penerokaan ruang angkasa yang mendarat di bulan dan menemui buah makhluk asing. Ia sebenarnya adalah buah rambutan.
“Mereka sapu dulu pada tangan untuk lihat ada kerengsaan atau beracun. Kemudian baru rasa sikit pada bibir,” tulisnya dengan meletakkan emoticon ketawa.
Nyata, perkongsian Kopi Panas mencuit hati kebanyakan netizen.
“Ternyata jarak antara bulan dan rumah saya hanya dua tiga langkah. Di sebelah rumah saya sudah bulan ya kerana terdapat pokok rambutan di sebelahnya. Terasa seperti mahkluk asing pula,” tulis @Blues Toe2t.
“Saya rasa mereka perlu gunakan buah durian sebagai buah pelik berbanding rambutan,” menurut Small_Stuff_.
“Tidak perlu jauh-jauh ke bulan. Di belakang rumah nenek saya ada banyak,” kata @Ayunimirta.
Muat naik tersebut sehingga kini mendapat lebih 11,600 retweet dan 9,600 suka.

A netflix series about space exploration landed on a moon and found an extraterrestrial fruit. And guess what it's rambutan pic.twitter.com/tmSfBU8BE8

— Kopi Panas (@hash_1993) July 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bulan #Kopi Panas #makhluk asing #Netflix #Rambutan
;