Raja Ilya terima pentauliahan Kapten Bersekutu APM

Gempak
Ogos 2, 2018 10:11 MYT
Ilya merakamkan ucapan terima kasih terhadap Angkatan Pertahanan Awam kerana memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menggalas tangunggjawab dan berkidmat bersama angkatan terbabit.- Sumber : Instagram Raja Ilya
PELAKON terkenal Raja Ilya telah dianugerahkan pentauliahan Kapten Bersekutu dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekaligus dipilih untuk mengikuti kursus dan latihan untuk menjadi pegawai bersekutu dibawah angkatan tersebut.
Menerusi entri terbaru di Instagramnya, Ilya telah memuatnaik beberapa foto yang diambil ketika majlis perlantikannya yang berlangsung di Putrajaya semalam.
Selain itu, pelakon ini turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap Angkatan Pertahanan Awam kerana memberi kepercayaan kepada dirinya untuk menggalas tangunggjawab dan berkidmat bersama angkatan terbabit.
BACA: Tolak berlakon filem Marvel, peminat cakap Raja Ilya gebang?
Pada masa yang sama, Ilya turut berterima kasih kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof dan pengarah Ahmad Idham kerana sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepadanya.
Ilya mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan tanah air pada tahun 2010 menerusi filem Appalam arahan Afdlin Shauki dan terus aktif berlakon dalam filem dan drama tempatan sehingga kini. - Teks : Asraf Aided
#Afdlin Shauki #angkatan pertahanan awam #APM #Eizlan Yusof #hiburan #Kapten Bersekutu #Malaysia #Marvel #pelakon #Raja Ilya