Raja Ilya sah isteri Trent Garrett, bakal adakan resepsi di Malaysia

Gempak
Disember 27, 2018 08:00 MYT
Majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. - Foto IG Raja Ilyah
PELAKON Raja Ilya sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.
Baca: Tahniah! Raja Ilya Jadi Isteri Usahawan Kelahiran Australia
Beliau berkata, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
"Syukur, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya," katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.
Baca: Tak Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia, Trent
Ilya, 33 tahun turut memuat naik foto majlis perkahwinannya di Instagram.
#Instagram #keluarga #perkahwinan #Perth #Raja Ilya #Trent Garrett