Raja Ilya bintangi filem terbitan Marvel?

Astro Awani
Februari 11, 2017 13:00 MYT
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut mengesahkan beliau akan menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian. - Foto Instagram / @rajailya
Pelakon tanah air, Raja Ilya, 31, dikatakan bakal membintangi sebuah filem Hollywood francais Marvel pada hujung tahun ini.
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad turut mengesahkan dia akan menjalani latihan selama lapan bulan di Indonesia bersama pelakon dan pelatih seni mempertahankan diri Yayan Ruhian sebelum memulakan penggambaran, lapor portal Cinema Online.
Bagaimana pun dalam laporan yang sama, pelakon tersebut enggan mendedahkan secara terperinci mengenai filem tersebut, memandangkan katanya tajuk filem tersebut belum diputuskan.
Mendengar khabar berita baik ini, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bangga dan keterujaan memandangkan Marvel sentiasa menghasilkan filem-filem pecah panggung seperti The Avengers, Captain America dan Guardian of Galaxy.

Congrats Raja Ilya ! Malaysian actress to star in a Marvel film beb ! bravo ! pic.twitter.com/E6tTfOsEQS

— Aizz Irfan (@AizzIrfan) February 10, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ambikkk kau. Marvel doh. Go Raja Ilya! pic.twitter.com/IXMwLrxsDr

— Helmie (@meishelmie) February 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Power. Aku tunggu Raja Ilya ni dpt watak apa dalam filem Marvel ni. pic.twitter.com/89ciBCh5E6

— Ayeng (@fazrulazril) February 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak Astro AWANI difahamkan, Raja Ilya akan mengadakan sidang media mengenai perkara ini namun tidak dimaklumkan bila sidang media ini akan berlangsung.
Raja Ilya sebelum ini pernah membintangi filem Appalam, Suamiku Encik Perfect 10, dan Ester.
Ketika ini beliau sedang mempromosikan filem terbarunya, "Soulmate Hingga Jannah" arahan Datuk Profesor A Razak Mohaideen yang turut menampilkan penyanyi Singapura, Taufik Batisah dan primadona tanah air, Erra Fazira.
Filem tersebut akan ditayangkan pada 16 Februari nanti di pawagam berdekatan.
#filem #Marvel #Raja Ilya #raja ramilah