'Raja Gelek Malaysia' masih dirawat di Teluk Intan

Bernama
Januari 13, 2016 13:33 MYT
M. Daud Kilau memaafkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan viral tentang kematiannya.
Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 77, atau lebih dikenali sebagai M. Daud Kilau masih menerima rawatan di Hospital Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, sekaligus menidakkan viral di laman sosial mengenai kematian beliau.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, penyanyi yang mendapat jolokan 'Raja Gelek Malaysia' itu berkata beliau masih dirawat di hospital tersebut sejak 5 Jan lalu akibat komplikasi membuang air kecil tetapi keadaannya bertambah baik.
"Alhamdulillah, saya semakin baik tapi belum tahu lagi bila akan dibenarkan keluar (dari hospital)," katanya.
BACA: Datuk M. Daud Kilau semakin pulih
M. Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu juga memaafkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan viral tentang kematiannya.
"Saya tidak faham kenapa mereka buat begitu, biarlah... saya terima dan berserah sahaja," katanya.
#Cek Mek Molek #Gila Judi #M. Daud Kilau #penyanyi #Raja Gelek
;