Raisa nafi sombong, dedah masalah sebenar yang dihidapi sejak kecil

Gempak
November 1, 2023 00:34 MYT
Raisa bagaimanapun mengatakan masalah tersebut kini sudah dapat diatasi kerana telah terbiasa. - Gambar Gempak
Penyanyi terkenal Raisa mendedahkan dirinya mengalami masalah gangguan kecemasan atau Anxiety sejak kecil.
Akui Raisa dia tidak pernah mengetahui dirinya mempunyai Anxiety sehingga mula memahami keadaan diri sekarang.
Masalah tersebut membuatkan dia berasa sangat cemas apabila berada dalam keramaian.
“Saya dari kecil agak takut ramai dan takut lihat orang, sudah dari kecil. Saya akan lari tapi tidak tahu kenapa,” kata Raisa seperti dilaporkan Kompas.
Raisa bagaimanapun mengatakan masalah tersebut kini sudah dapat diatasi kerana telah terbiasa.
“Sekarang saya lebih santai (jika diserang) kerana sudah terbiasa,” katanya lagi.
Namun masalah lain pula timbul apabila ada yang menyifatkan penyanyi lagu Kali Kedua tersebut sebagai sombong lantaran sikapnya yang ‘kurang ramah’.
“Padahal saya ada Anxiety jadi perlukan masa. Biasanya saya rasa lebih okay apabila saya yang menyapa dulu berbanding orang menegur saya. Itu lebih bagus untuk Anxiety saya.
“Jadi kalau tentang sombong, saya fikir jika orang yang sudah pernah bertemu dan kenal, mereka akan tahu sendiri,” ulas ibu satu anak ini. - Gempak
#kali kedua #anxiety #gangguan kecemasan #sangat cemas
;