Raih 6.11 juta tontonan, All Stars Gegar Vaganza program hiburan nombor satu Malaysia

Gempak
Oktober 17, 2023 10:23 MYT
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. - Gambar Gempak
All Stars Gegar Vaganza masih unggul sebagai program hiburan paling popular di Malaysia dengan 6.11 juta tontonan, menurut laporan Kantar DTAM.
Hal ini dapat dilihat menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang menggungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi Platform X.
Selain itu, komen-komen positif turut dapat dilihat sejak konsert pertama All Stars Gegar Vaganza mula bersiaran pada 24 September lalu.

Persembahan yang aku suka semalam di #Gegarvaganza2023..@TomokOfficial & Stacy Liza Hanim & Ziana Zain Ayai & M.Nasir Noryn Aziz & Liza Aziz POWER GILAAAAAAAAAAAAA! MANTAP!!!! 100/10!!!!!#GV10 #GV10TOMOK

— MH (@xmhhoodxs) October 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih istimewa, konsert minggu keempat baru-baru ini turut menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang-bintang Gegar Vaganza All Stars dimeriahkan dengan kehadiran barisan ikon muzik tanah air.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata: “Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu.

Last night was a GVs concert like no other! The crowd caught the groove, we danced, clapped, and sang our hearts out. What a night! #GegarVaganza #gegarvaganza10 #GegarVaganza2023 #AllStarsGegarVaganza pic.twitter.com/EgW3eUkkTK

— fafaw (@arinarosli) October 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan All Stars Gegar Vaganza trending setiap kali bersiaran.

Still tk boleh move on dgn performance Liza Hanim dan Ziana Zain semalam. First time dgr live dua org ni bergabung, too powerful! #GV10 #GegarVaganza#LizaHanim #ZianaZain pic.twitter.com/tsOBtHaLeM

— (@iam_ein) October 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan All Stars Gegar Vaganza sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Program yang telah sampai ke musim ke-10 ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.
Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza termasuklah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.
Dibawakan oleh Farm Fresh, Digi, PowerCat dan Cuckoo, All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
All Stars Gegar Vaganza ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. - Gempak
#media sosial #All Stars Gegar Vaganza #program hiburan #konsert pertama