Rahsia Melly Goeslow turunkan 9 kilogram berat badan

Gempak
Disember 12, 2018 09:56 MYT
AMALAN diet yang betul merupakan rahsia bagaimana Melly Goeslow berjaya turunkan berat badannya.
BERAT badan penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslow susut sebanyak sembilan kilogram dalam tempoh kurang daripada dua bulan.
Rahsia Melly untuk kurus hasil daripada amalan diet ideal yang disarankan oleh doktor yang memberi khidmat nasihat kepadanya.
"Saya turun hampir sembilan kilogram dalam waktu kurang dari dua bulan. Selain dari ini semua hasil kerja tangan Dr @cissienugraha," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Melly, 44, turut berkongsi rahsia untuk hidup sihat ialah dengan mengawal fikirannya untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang boleh membuatkannya tertekan.
"Hidup terlalu singkat untuk dibebani fikiran-fikiran jelek. Inipun saya tak terlalu ambil pusing sama berat badan turun berapa.
"Yang penting baju-baju banyak yang sudah muat balik," tambah isteri kepada pemuzik Anto Hoed ini lagi.
Perubahan berat badannya itu mendapat pujian daripada peminat dan mengagumi usaha kerasnya.
#berat badan #diet #Indonesia #komposer #kurus #Melly Goeslow #penyanyi #rahsia
;