Rachel Zegler jawab kritikan tak layak pegang watak Snow White

Agensi
Jun 27, 2021 08:12 MYT
Rachel Zegler diumumkan sebagai Snow White dalam versi live-action filem pertama keluaran Disney itu. - Foto Instagram/@rachelzegler
AWAL minggu ini, penyanyi dan pelakon muda, Rachel Zegler diumumkan bakal memegang watak Snow White dalam versi live-action filem pertama keluaran Disney itu.
Ketika berita itu disambut penuh kegembiraan para peminatnya, masih ada komen yang mempertikaikan keputusan Disney mengambil pelakon Latin dalam peranan yang sebelum ini digambarkan sebagai berkulit putih.
Rachel membalas reaksi itu dengan satu ciapan berbunyi "Ya, saya adalah Snow White. Tidak, saya tidak memutihkan kulit saya untuk peranan itu," namun ciapan itu kemudian dibuang.
Disney sebelum ini sering dikritik kerana kerap kali memaparkan pelakon berkulit putih sebagai watak utama.
Studio ini kini sedang menjalankan penggambaran live-action The Little Mermaid, dengan Halle Bailey, seorang pelakon kulit hitam, memegang watak Ariel.
Pengarah live-action berkenaan, Marc Webb turut memuji pemilihan Zegler.
"Dia bukan sahaja punya vokal yang baik, tetapi dia mempunyai keyakinan, kebijaksanaan dan optimistik yang pastinya akan membawa sesuatu yang berbeza kepada karya Disney kali ini," kata Webb.
Filem ini akan mula menjalani penggambaran tahun hadapan.
#Disney #filem #Snow White #live-action #Rachel Zegler #pelakon
;