R Kelly berdepan hukuman penjara dengan bayaran bon RM4.8 juta
Asyraf Roslan
Februari 24, 2019 09:00 MYT
Februari 24, 2019 09:00 MYT
PENYANYI R Kelly atau berdepan hukuman penjara dengan bayaran bon bernilai RM4.8 juta (AS$1 juta) selepas selesai sesi perbicaraan pertama di mahkamah Chicago pada Sabtu.
Penyanyi berusia 52 tahun dengan nama asal Robert Kelly itu didakwa dengan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat orang wanita, termasuk tiga darinya bawah umur.
Bon tersebut memerlukan R Kelly membayar RM40.7,000 (AS$100,000) untuk dibebaskan.
Pendakwaraya Cook County sebelum ini mengumumkan pertuduhan terhadap penyanyi itu yang melibatkan hampir 10 pertuduhan melakukan jenayah gangguan seksual.
Jika bersalah, dia boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ini bermakna, sekiranya dia didapati bersalah bagi semua 10 kes itu, dia mungkin dipenjara selama 70 tahun.
Insiden serangan seksual tersebut didakwa berlaku antara 1998 hingga 2010.
#bawah umur
#Cook County
#jenayah
#mahkamah
#penjara
#penyanyi
#R Kelly
#Robert Kelly
#serangan seksual