Putih mata tak dapat RM280,000, Josiah Hogan digugurkan daripada produksi Hollywood

Gempak
September 27, 2017 22:07 MYT
Josiah sudah melepasi tiga saringan uji bakat dan menandatangani kontrak, namun perjanjian tersebut ditamatkan atas alasan yang tidak masuk akal.
PELAKON Josiah Hogan, 31, terpaksa berputih mata apabila namanya digugurkan daripada sebuah produksi filem Hollywood pada Disember tahun lalu.
Lebih memeritkan, Josiah juga terlepas tawaran AS$67,000 (RM280,700) untuk melakukan watak makhluk elf (orang bunian) dalam sebuah naskhah seperti filem The Lord Of The Ring.
Josiah sudah melepasi tiga saringan uji bakat dan menandatangani kontrak, namun perjanjian tersebut ditamatkan atas alasan yang tidak masuk akal iaitu bergurau perkara yang tidak sepatutnya.
"Nama saya digugurkan kerana produksi berkenaan memberi alasan sikap saya yang dilihat cuba bergurau secara keterlaluan dalam satu kiriman video kepada mereka.
"Ketika itu, saya diarahkan membuat video sebagai pengganti kerana tidak dapat hadir ke acara memperkenalkan pelakon di sana. Saya tidak boleh ke mana-mana kerana terikat dengan penggambaran semula beberapa babak filem KL Vampires di tanah air," terangnya.
Josiah akui kecewa, namun isu itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib di Hollywood.
Dalam perkembangan lain, dia kini sedang menantikan tayangan filem lakonannya iaitu Surf This Love, KL Vampire dan KL Special Force.
Sumber: Kosmo!
Foto: IG @josiahhogan
#filem #Hollywood #Josiah Hogan #KL Vampires
;