Puteri Sarah bawa dua anak tunai umrah, kelibat Syamsul Yusof tidak kelihatan
Gempak
April 22, 2022 11:30 MYT
April 22, 2022 11:30 MYT
AKTRES jelita Puteri Sarah berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, memuat naik beberapa keping foto sewaktu keberangkatannya.
Pada perkongsian tersebut, suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tidak kelihatan.
Walau bagaimanapun, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sarah yang mengenakan jubah putih lengkap berniqab berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.
“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka.
“Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.
"Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur," tulisnya di ruangan kapsyen.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.
*Artikel asal di Gempak