Punca kematian Avicii didakwa akibat bunuh diri

Azyyati Ahmad
April 27, 2018 20:06 MYT
Avicii meninggal dunia pada 20 April lalu di Muscat, Oman semasa bercuti bersama rakan-rakannya. -Foto Reuters
KEMATIAN disc jockey (DJ) popular, Avicii, didakwa akibat membunuh diri.
Keluarga produser muzik terkenal itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Avicii menghadapi kesukaran mencari keseimbangan hidup semasa hayatnya.
“Tim seorang yang berjiwa seni dan selalu mencari jawapan kepada banyak persoalan.
“Dia benar-benar berjuang dalam mencari erti hidup dan kegembiraan. Dia tidak boleh teruskan lagi, dia mahu mencari ketenangan,” kata kenyataan itu.
Aviici, atau nama sebenarnya Tim Bergling, meninggal dunia pada 20 April lalu di Muscat, Oman semasa bercuti bersama rakan-rakannya.
Beliau merupakan penerbit dan pengadun lagu yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pemuzik antarabangsa.
Sepanjang hayatnya, Aviici pernah bekerjasama dengan artis seperti Coldplay ("A Sky Full of Stars," "Hymn for the Weekend"), Wyclef Jean & Santana (2014 lagu Piala Dunia "Dar um Jeito"), Madonna, Robyn, Major Lazer dan Daft Punk.
Lagu berjudul "Sunshine," iaitu kolaborasi Aviici bersama David Guetta, pernah menerima anugerah Best Dance Recording di Anugerah Grammy pada tahun 2012.
#Avicii #bunuh diri #meninggal dunia #Tim Bergling
;