'Pulang' pulihkan hubungan Remy Ishak dan bapa yang lama terpisah

Gempak
Jun 28, 2018 16:38 MYT
REMY: "Ibu dan bapa saya bercerai ketika umur saya 13 tahun."
PELAKON Remy Ishak mengakui hubungannya dengan bapa kembali pulih selepas melakonkan filem Pulang pada dua tahun lalu.
Remy Ishak berkata selepas menghayati filem tersebut ia membuatkannya untuk mencari semula bapanya yang terpisah sejak berlaku perceraian ketika usianya 13 tahun.
"Ibu dan bapa saya bercerai ketika umur saya 13 tahun.
“Selepas mereka berpisah, saya tak berhubung dengan dia.
“Bapa saya ini seorang yang garang sebab dia bekas askar.
“Namun setelah menghayati jalan cerita Pulang ini, saya dapat rasakan bagaimana kehilangan seorang bapa.
“Dari situ, saya mula merapatkan diri dengan bapa saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Remy ditemui selepas pelancaran Filem Pulang yang diadakan di Ruyi & Lyn Restaurant and Lounge, Bangsar Shopping Centre kemarin.
Remy memberitahu Pulang adalah naskah yang sarat dengan emosi dan pengajaran secara tidak langsung mengubah dirinya menjadi lebih baik.
“Pulang merupakan filem yang lain daripada lain yang pernah saya bawa.
“Ia naskah yang sarat dengan emosi.
“Jadi, tak dinafikan skrip sesebuah karya ni mampu membuatkan kita memperbaiki diri,” katanya lagi.
Selain Remy, filem itu turut dibintangi oleh Puteri Aishah, Fatimah Abu Bakar, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Filem yang diarahkan oleh Kabir Bhatia itu mengisahkan mengenai kehidupan seorang lelaki berasal dari Serkam, Melaka berlayar ke serata dunia.
Pulang bakal bertemu penonton pada 26 Julai depan. - Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Astro #azrel ismail #bapa #Erwin Dawson #Fatimah Abu Bakar #filem #pelakon #Puteri Aishah #Remy Ishak
;