"Pukul 7 orang ketuk pintu" - Cemas! pokok durian Maya Karin terbakar
Gempak
Mac 5, 2019 13:15 MYT
Mac 5, 2019 13:15 MYT
PELAKON cantik Maya Karin berkongsi pengalaman mencemaskan apabila sekumpulan anggota bomba berkejar ke kediamannya seawal pukul 7 pagi tadi.
Jelas Maya, dia dimaklumkan pokok durian berdekatan dengan rumahnya terbakar dan tindakan pantas anggota bomba itu sewajarnya dipuji.
"Pagi-pagi dah sarapan dengan bomba. Pukul 7 ada orang ketuk pintu.
"'Kak, Kak, pokok durian terbakar Kak'.
"The whole trunk was on fire. 10 meters into the air. Macam mana I pun tak tahu.
"Yang penting bomba datang secepat mungkin. Love you guys," tulisnya berkongsi di akaun Instagramnya.
Lebih melucukan apabila ada antara netizen berseloroh, mengatakan pokok durian itu sengaja dibakar demi berjumpa dengan pemiliknya iaitu Maya sendiri.
"I suspek abang bomba yang bakar..saje nak jumpa Kak Maya," tulis salah seorang pengguna.
Selebihnya mendoakan keselamatan Maya dan ibunya yang berada di rumah ketika kejadian itu.
"Alhamdulillah yang penting, tak ada apa yang serius dan you and your mama are selamat. Pokok durian, kena tanam lain lah," tulis @chekfahd.