Puasa & Makan: Aaron Aziz tawar kambing golek di Kidz & Creme
Gempak
Julai 6, 2015 14:00 MYT
Julai 6, 2015 14:00 MYT
Jika anda sedang pening kepala memilih tempat untuk berbuka puasa, apa kata cuba ke restoran Kidz & Creme milik pelakon popular Aaron Aziz.
Bertempat di Setia Alam, Kidz & Creme menawarkan lebih 40 juadah buffet masakan ala kampung yang pasti tidak akan mengecewakan dan masakannya semuanya enak-enak belaka.
Antara juadah istimewa yang disediakan ialah kambing golek, burung puyuh goring, sate, bread butter pudding, putu piring, dan masak lemak cili api.
Jika pengunjung bernasib baik, bolehlah berjumpa dengan Aaron Aziz sendiri sambil berbual dan bergambar bersamanya.
Lebih menarik lagi, juadah yang ditawarkan akan bertukar setiap hari kecuali kambing golek, burung puyuh goring dan putu piring.
Putu piring adalah makanan yang wajib ada kerana juadah itu merupakan kegemaran Aaron Aziz sendiri.
Untuk membuat tempahan sila layari http://www.kidzandcreme.com/ atau boleh ke laman Instagram mereka di @kidzandcreme.
Lokasi:
5, Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria 7th Avenue, Setia Alam.
Berbuka di Kidz & Crème, Astro Gempak pasti anda gerenti puas hati!
Tak percaya?
Jom lihat video di bawah: