PU Abu mohon maaf, menyesal ceraikan isteri sedang hamil

Gempak
April 22, 2019 14:19 MYT
Isteri PU Abu, Aina Fini mendakwa diceraikan kerana tidak bersetuju untuk berpoligami dan ketika itu sedang sarat hamil (anak sulung) tujuh bulan.
BEKAS peserta realiti Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi akhirnya memohon maaf di ruangan komen Instagram selepas beberapa hari namanya menjadi bualan netizen.
Muhammad Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu, telah mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.
“Saya memohon maaf di atas kesalahan menceraikan isteri ketika mengandung dan amat menyesali keterlanjuran dilakukan,” tulisnya.
Dalam pada itu, PU Abu turut memohon maaf kepada bekas isteri dikenali sebagai Aina Fini dan keluarga mentua kerana bersikap tidak adil kepada mereka.
Terdahulu, tular di media sosial bekas isteri PU Abu mendakwa diceraikan suaminya kerana seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Isteri PU Abu, Aina Fini mendakwa diceraikan kerana tidak bersetuju untuk berpoligami dan ketika itu sedang sarat hamil (anak sulung) tujuh bulan.
PU Abu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut bagaimanapun tidak menafikan telah menceraikan isterinya namun memohon maaf kerana tidak dapat memberi komen lanjut kerana berada di Mekah.
“Saya minta maaf. Buat masa ini mahu fokus dengan kerja di Mekah. Akan buat kenyataan pada 24 atau 25 April nanti,” katanya kepada media.
Menerusi tinjauan Gempak di Instagram (IG) PU Abu, ruangan komen media sosial tersebut telah ditutup.
#Aina Fini #Hana Azraa #menceraikan isteri hamil #Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi #Pencetus Ummah #PU Abu #PU Abu mohon maaf
;