Psy tertekan hasilkan single terbaru

Astro Awani
Februari 22, 2013 17:30 MYT
Psy atau nama sebenarnya Park Jea Sang dalam kenyataannya mengakui menghadapi tekanan untuk menghasilkan karya baru.
Pencipta lagu “Gangnam Style” ini akur ianya tidak mudah untuk mengatasi fenomena lagu itu disamping mengekalkan kedudukannya sebagai bintang muzik.
Psy berkata demikian ketika berada di Istanbul, Turki buat kali pertama untuk konsert di sana.
Bintang Korea Selatan ini menjelaskan, dia sedang dalam proses mencipta gerak baru yang diharapkan dapat mengatasi “Gangnam Style”.
“Saya akan melancarkan sebuah lagu baru pada bulan April dimana saya telah membuat satu lagi tarian yang diharapkan mampu menandingi tarian kuda,” kata Psy.
Tambahnya, dia sendiri tidak dapat menjelaskan kejayaan “Gangnam Style” yang membawa kemasyuran kepadanya itu disamping terkejut dengan sambutan hangat masyarakat seluruh dunia.
#Fenomena #Gangnam Style #PSY
;