PSY mohon maaf pernah kutuk Amerika
Astro Awani
Disember 9, 2012 13:59 MYT
Disember 9, 2012 13:59 MYT
Menjelang persembahan di depan Presiden Barack Obama, kisah silam Psy didedahkan oleh media.
Penyanyi lagu "Gangnam Style" itu pernah membuat persembahan menghentam Amerika beberapa tahun lalu.
Psy terlibat dalam konsert di Korea Selatan pada tahun 2002 dan 2004 sebagai tanda protes terhadap kematian dua kanak-kanak Korea dan anti peperangan di Iraq.
Dia menyanyikan lagu yang mengutuk tentera Amerika atas keganasan mereka.
Bagaimanapun, Psy segera memohon maaf secara terbuka dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.
Penyanyi berusia 34 tahun itu menjelaskan ia sekadar luahan emosinya yang anti kepada peperangan.
Bertuah kerana memiliki kebebasan bersuara Psy bagaimanapun mengakui kesilapannya kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai.