Penyanyi sensari Korea Selatan Psy kini digelar raja YouTube apabila lagu 'Gangnam Style' berjaya menarik lebih 812 juta penonton sekali gus menepikan lagu 'Baby' oleh penyanyi muda Kanada Justin Bieber.

Jumlah penonton terkini Gangnam Style ialah 812,794,421 manakala Baby pula mencatat 804,406,953 'views'.

Lagu 'Gangnam Style' menjadi fenomena dunia sejak dimuat naik ke YouTube empat bulan yang lalu. Ia melihatkan Psy menari ala menaiki kuda.

Sejak itu, Psy diundang ke merata dunia termasuk Paris, New York dan ke Los Angeles dan buat persembahan dengan lagenda rap MC Hammer di Anugerah Muzik Amerika baru-baru ini.