Psy dedahkan video klip terbaru, Gentleman
AFP
April 13, 2013 22:24 MYT
April 13, 2013 22:24 MYT
Penyanyi terkemuka Korea Selatan, Psy mendedahkan pada Sabtu tarian pinggulnya dan video klip untuk lagu terbaru beliau yang bakal menggantikan kejayaan tarian kuda ‘Gangnam Style’ yang menjadi fenomena global.
Psy menunjukkan tarian yang ditunggu-tunggu – hayunan pinggul yang mudah diikuti – di sebuah konsert di Seoul walaupun berada dalam situasi tegang dengan Korea Utara.
Video klip yang telah lama dinanti-nantikan itu ditayangkan di konsert tersebut menerusi ‘live-streaming’ di Internet sehari selepas single ‘Gentleman’ dikeluarkan di laman YouTube.
Pada sidang media sebelum konsert tersebut, penyanyi berusia 35 tahun itu memberitahu pembahagian dua Korea itu merupakan satu tragedi dan beliau mahu warga Korea Utara berkongsi ‘kegembiraan dan keseronokkan’ muzik beliau.
“Malam ini saya dan 50,000 warga Korea...kami akan menyanyi dengan sepenuh hati. Kami akan menjerit dengan kuat dan kami sangat dekat dengan mereka (Koera Utara), jadi mereka pasti dapat mendengarnya,” kata Psy.
“Diharapkan dengan ‘Gangnam Style’, ‘Gentleman’, dan muzik video, koreografi... saya berharap mereka akan menikmatinya juga,” tambah Psy.