Priyanka Chopra dan Nick Jonas pilih Switzerland untuk berbulan madu

Gempak
Disember 26, 2018 18:00 MYT
Pasangan gabungan Hollywood dan Bollywood ini juga akan singgah di Montreux untuk menyambut tahun baru bersama. -
PASANGAN popular, Priyanka Chopra dan suaminya Nick Jonas memilih Switzerland sebagai lokasi berbulan madu mereka.
Menurut sumber, pasangan itu bakal berbulan madu pada 28 Disember ini.
Selain itu, pasangan gabungan Hollywood dan Bollywood ini juga akan singgah di Montreux untuk menyambut tahun baru bersama.
"Priyanka akan selesaikan segala kerja yang tertangguh sebelum tarikh bulan madunya, setakat ini dia telah kembali ke set penggambaran untuk beberapa rancangan TV, dia juga bakal muncul dalam sebuah filem terbaru tidak lama lagi." kata sumber.
Priyanka dan Nick berkahwin pada 1 Disember lalu, resepsi perkahwinan mereka didahulukan mengikut tradisi Kristian pada hari pertama dan diikuti tradisi agama Hindu pada hari kedua.
Majlis perkahwinan hari pertama itu diadakan dengan gilang gemilang bertempat di Istana Umaid Bhavan, Jodhpur, India.
Sumber : zeenews.india.com
#berbulan madu #Bollywood #filem #Hollywood #India #Nick Jonas #perkahwinan #Priyanka Chopra #Switzerland
;